November 2026, Sepang - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) menganjurkan Bulan Digital UPM 2025 sepanjang November 2025 dengan pelbagai program berteraskan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Antara aktiviti yang dijalankan ialah Gemini No Code Hackathon, Cabaran TikTok Dikuasakan AI, Digital Culture Competition, Datathon, bengkel Google Workspace (GWS), webinar AI Gemini, latihan Python, cybersecurity, Microsoft Power BI dan Microsoft 365. Program turut merangkumi Prompt-a-thon, eSport Interkolej serta Pesta Konvokesyen. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh literasi digital, meningkatkan kemahiran teknologi warga UPM serta menyemarakkan budaya inovasi dan transformasi digital di universiti.


Tarikh Input: 29/11/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

Universiti Putra Malaysia
UPM Putra InfoPort - IOI Resort
Jalan Kajang - Puchong
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan