Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC Kali Ke-8 | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) tidec
» BERITA » Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC Kali Ke-8

Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC Kali Ke-8

SERDANG, 23 Januari 2025 – Kelab Kebajikan & Rekreasi iDEC (KRiDEC) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC kali ke-8 bertempat di Auditorium Jurutera Radin Omar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa dan tayangan video yang memaparkan aktiviti KRiDEC bagi sesi 2023/2025. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan KRiDEC kali ke-7, pembentangan perkara berbangkit, serta pembentangan dan kelulusan laporan kewangan KRiDEC bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.

Mesyuarat turut menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) KRiDEC sesi 2023/2025 dan pelantikan AJK baharu bagi sesi 2025/2027. Selain itu, beberapa usul turut dibentangkan bagi memastikan kelab terus aktif dalam melaksanakan program kebajikan, rekreasi dan pengukuhan hubungan dalam kalangan warga iDEC.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada juruaudit serta sijil penghargaan kepada AJK KRiDEC sesi 2023/2025 sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan. Sesi cabutan hadiah bertuah turut memeriahkan majlis.

 

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK KRiDEC sesi 2025/2027 yang diketuai oleh Ts. Rostam Abu Bakar. Semoga barisan kepimpinan baharu dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi serta memperkukuh peranan KRiDEC sebagai wadah kebajikan, rekreasi dan pemupukan semangat kekitaan warga iDEC.

 

Disediakan oleh:
Ts. Karmizan Zawawi
Bahagian Pembangunan Aplikasi
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)

Tarikh Input: 27/01/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
T, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]