Lawatan Penanda Aras EKSA Daripada FSKTM Dan Dewan Besar UPM | PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC) tidec
» BERITA » Lawatan Penanda Aras EKSA daripada FSKTM dan Dewan Besar UPM

Lawatan Penanda Aras EKSA daripada FSKTM dan Dewan Besar UPM

 

15 Mei 2025, SERDANG – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras EKSA daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) sebagai salah satu usaha memperkukuh pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Program dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan pelaksanaan EKSA di iDEC yang disampaikan oleh Puan Azhana Abdullah, Penyelaras EKSA iDEC. Sesi tersebut memberikan penerangan mengenai pendekatan, amalan serta inisiatif EKSA yang dilaksanakan oleh warga iDEC dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kemas, bersih, selamat, kondusif dan sistematik.

Seramai 8 orang delegasi daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan 14 orang delegasi daripada Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) turut berpeluang menyertai sesi perkongsian dan pertukaran pandangan berkaitan pelaksanaan EKSA. Delegasi kemudiannya dibawa melawat persekitaran iDEC di InfoPort, termasuk Zon EKSA Alpha, Gamma dan Sigma, bagi melihat secara lebih dekat pelaksanaan amalan EKSA serta aktiviti penambahbaikan yang dilaksanakan oleh setiap zon.

Lawatan penanda aras ini turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak berkongsi pengalaman, pendekatan terbaik dan idea kreatif dalam memperkukuh pelaksanaan EKSA mengikut kesesuaian persekitaran serta keperluan PTJ masing-masing.

Secara keseluruhannya, program ini telah membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman dan percambahan idea yang dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan EKSA. Diharapkan hubungan strategik antara iDEC dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) dan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) melalui program seumpama ini dapat diteruskan bagi menyokong pembudayaan amalan kerja yang berkualiti, sistematik dan berterusan di UPM.

 

 

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 21/08/2026 | zuraya

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97691990
03 97693003
T, ~noCache [*LIVETIMESTAMP*]